Koronavirus: Jumlah kes melonjak, virus merebak ke bandar raya lain

0
253

Oleh FETTY RARA

PIHAK berkuasa di China melaporkan sebanyak 139 kes jangkitan virus baharu sejak dua hari lalu.

Perkembangan ini merupakan kali pertama jangkitan tersebut disahkan di luar bandar raya Wuhan.

Selain Wuhan, kes baharu dikesan di Beijing dan Shenzhen, lapor bbc.com

Korea Selatan turut melaporkan kes pertama hari ini, diikuti oleh Thailand dan Jepun.

Jumlah keseluruhan kes-kes yang disahkan kini melebihi 200, dan tiga mangsa telah meninggal dunia setelah mengalami kesukaran bernafas.

Pegawai-pegawai perubatan China telah mengenal pasti jangkitan tersebut sebagai sejenis koronavirus yang mula dikesan di Wuhan pada Disember lalu.

Menurut mereka koronavirus itu telah membawa kepada merebaknya kes radang paru-paru (pneumonia), tetapi ciri-ciri selanjutnya masih dikaji.

Dalam perkembangan yang sama pihak berkuasa China akan mengetatkan kawalan memandangkan Tahun Baru China akan dirayakan minggu depan dan dijangka berpuluh juta rakyat negara itu akan berkunjung merata bagi merayakannya.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here