SPRM dakwa Shahrir Samad, Ahmad Maslan esok bawah AMLATFPUAA

    0
    358

    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin mendakwa bagi menuduh 2 pemimpin Umno, Shahrir Abd Samad dan Ahmad Maslan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

    Shahrir dan Ahmad masing-masing menghadapi 1 dan 2 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

    “SPRM menahan Shahrir pada 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada 10.10 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

    “Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya dalam kenyataan.

    Semua maklumat berkaitan kes itu akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan.

    Shahrir merupakan ketua Umno Johor Bahru, bekas ahli Parlimen Johor Bahru, dan pernah menjadi pengerusi Felda, manakala Ahmad Maslan adalah ahli majlis tertinggi Umno, ahli Parlimen Pontian, dan pernah menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/20/sprm-dakwa-shahrir-samad-ahmad-maslan-esok-bawah-amlatfpuaa/

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here