Ahli Parlimen Iran tawar USD3 juta ‘sesiapa bunuh Trump’ – ISNA

0
307
FOTO: ISNA.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

DALAM perkembangan yang menggemparkan hari ini seorang ahli parlimen Iran, Ahmad Hamzah mengumumkan hadiah USD3 juta kepada sesiapa yang membunuh Trump, lapor agensi berita separa rasmi ISNA.

Menurut ISNA, Ahmad berkata “bagi pihak penduduk wilayah Kerman, kami akan membayar USD3 juta sebagai hadiah untuk membunuh Trump.

Beliau, bagaimana pun, tidak menjelaskan secara terperinci sama ada keputusan tersebut dibuat oleh pihak pemerintah Iran.

Kerman merupakan kampung halaman pemimpin tertinggi angkatan tentera Quds, Qassem Soleiman yang dibunuh oleh pihak Amerika Syarikat menggunakan dron pada 3 Januari di Iraq.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here