Ahmad Dasuki terajui PTPTN

    0
    769

    KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan pelantikan Ahmad Dasuki Abdul Majid, 45 tahun sebagai Ketua Eksekutif PTPTN berkuatkuasa pada 21 Januari 2020.

    Pelantikan ini yang dipersetujui oleh Lembaga Pengurusan PTPTN (LPPTPTN) berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki adalah bertujuan menggantikan Wan Ahmad bin Wan Yusoff yang telah bersara pada 18 Ogos lalu.

    Ahmad Dasuki merupakan salah seorang pegawai terawal yang menyertai PTPTN pada tahun 1998. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan dari Universiti of Greenwich, United Kingdom.

    Beliau mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan dan diyakini mampu memacu PTPTN ke era baharu.

    “Saya selaku Pengerusi dan mewakili seluruh warga PTPTN mengucapkan tahniah serta mengalu-alukan pelantikan Ahmad Dasuki. Saya yakin beliau akan dapat memimpin pelaksanaan strategi yang telah ditetapkan oleh LPPTPTN demi memastikan bebanan peminjam dapat diringankan sekali gus melestarikan PTPTN untuk terus menyumbang dalam pembentukan modal insan negara”, kata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan.

    – BebasNews

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here