Koronavirus: Kebimbangan jangkitan melonjakkan harga saham syarikat pengeluar ubat China

0
299
FOTO: Bangunan pasaran saham Shenzhen/ Wikimedia Commons/Jay Sterling Austin [CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)]

Oleh FETTY RARA

KEBIMBANGAN tentang jangkitan koronavirus yang mencengkam China memberi kesan positif kepada saham syarikat-syarikat pengeluar ubat di negara itu.

Beberapa syarikat pengeluar ubat besar di pasaran saham Shanghai dan Shenzhen hari ini mencatatkan kenaikan sebanyak 10%.

Kenaikan adalah disebabkan pengesahan oleh pihak berkuasa China bahawa jenis baharu koronavirus boleh dijangkiti daripada seorang ke seorang, lapor bbc.com.

Hujung minggu lalu jumlah kes telah naik tiga kali ganda dengan jangkitan berganjak dari bandar raya Wuhan ke bandar raya lain di China.

Keadaan lebih membimbangkan kerana minggu ini akan menyaksikan berpuluh juta orang China bergerak pulang ke kampung halaman atau melancong sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.

Antara saham syarikat pengeluar ubat yang mencatatkan kenaikan termasuk Jiangsu Sihuan Bioengineering, Shandong Lukang Pharmaceutical dan Hengrui Medicine.

Harga-harga saham dihadkan di China yang membenarkan kenaikan maksimum 10% lebih tinggi atau lebih rendah dalam sehari.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan dan syarikat pelancongan pula menyaksikan kejatuhan harga saham.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here