Duta AS ini amat dibenci warga Korea Selatan kerana misainya!

0
435
FOTO: Wikimedia Commons.

SEOUL  – Duta Besar Amerika Syarikat (AS) di Korea Selatan, Harry Harris baru-baru ini cetus kemarahan rakyat negara Asia Timur itu hanya kerana penampilan dirinya yang kacak bermisai.

Bekas pegawai tinggi Tentera Laut AS tersebut malah dianggap sebagai tidak hormati sensitiviti warga Korea Selatan disebabkan isu kumis pada wajah beliau sendiri, lapor media tempatan.

Keadaan ini mungkin agak lucu namun akhirnya rahsia aneh berkenaan terbongkar apabila ada netizen Korea Selatan mendedahkan misai Harris itu mengguriskan perasaan generasi lama.

Ia mengingatkan mereka kepada zaman penjajahan Jepun di semenanjung Korea dari 1910 hingga 1945 ekoran ramai gabenor jeneral negara jiran itu yang terkenal zalim ada bermisai.

Rakyat Korea Selatan mendakwa Harris yang jadi duta di negara ‘ginseng’ itu sejak 25 Julai 2018 sebagai tidak peka terhadap sejarah pahit pendudukan kejam Jepun awal abad ke-20 lalu.

Mereka tidak lupa era keganasan askar negara ‘matahari terbit’ itu yang tidak hormat masyarakat setempat selama 35 tahun dan paling dibenci, Harris secara kebetulan berdarah kacukan Jepun.

Beliau lahir di Yokosuka pada 1956 dan dibesarkan di bandar dekat Teluk Tokyo itu sebelum pindah ke AS. Bapanya, Binkley Harris ialah rakyat AS dan ibunya, Fumiko Ohno, warga Jepun.

Akhbar tempatan baru-baru ini kritik duta berusia 63 tahun tersebut kerana didakwa mula simpan misai setelah Donald Trump secara rasmi dilantik sebagai Presiden AS ke-45 pada awal 2017.

Ironi, Harris dilaporkan tidak pernah pun berkumis selama 40 tahun ketika berkhidmat sebagai laksamana dalam pelbagai misi tentera laut AS di seluruh dunia dari 1978 hingga 2018 lalu.

“Beliau lebih mirip dengan imej seorang gabenor jeneral Jepun zaman pendudukan hampir empat dekad dibandingkan sebagai diplomat,” lapor sebuah akhbar ternama Korea Selatan.

Bagaimanapun dalam satu maklum balas kepada isu kemarahan rakyat Korea Selatan itu, Harris menyatakan ingin buat perbezaan antara wajah pegawai tentera dan kini sebagai diplomat.

Dengan nada jenaka, beliau ingin supaya tampak lebih tinggi namun ia mustahil dan berkata: “Saya ingin lebih muda tetapi tidak mungkin. Maka saya cuba ‘bela’ misai dan melakukannya.”

Graduan Universiti Harvard di AS itu menganggap gaya pemberitaan akhbar negara berkenaan terhadap isu misai pada wajah dirinya sebagai tidak relevan dengan jawatan disandangnya.

“Kumis saya ambil masa lama untuk jadi sebegini. Saya percaya kritikan ini muncul kerana latar belakang etnik saya dirujuk sebagai seorang Amerika berdarah campur Jepun,” terang Harris.

Beliau malah luah kehairanan kerana tiada pula pihak yang kritik pemimpin kemerdekaan Korea Selatan sendiri turut bermisai sambil menegaskan tidak berhasrat cukur habis bulu kumisnya itu.

“Saya adalah saya dan anda semua harus meyakinkan saya jika isu misai ini ada potensi bagi merosakkan hubungan diplomatik baik antara AS dengan Korea Selatan,” sindir Harris lagi.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here