Pemuzik terkenal alumni UITM, Faizal Uzir meninggal dunia

0
925

PAGI tadi dunia muzik tanah air dikejutkan dengan berita pemergian seorang pemuzik terkenal, Faizal Uzir, 47, atau lebih popular dikenali sebagai Lok-U.

Allahyarham dikatakan meninggal dunia setelah mengalami sesak nafas selepas berjogging.

Jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan selepas itu akan dibawa pulang untuk diuruskan oleh keluarga selanjutnya.

Allahyarham, seorang alumni Universiti Teknologi MARA (UITM) berkelulusan Sarjana Muda Muzik meninggalkan isteri, Jamariah Yusof dan empat anak.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here