Jangan beli vaksin secara online, mungkin palsu atau tamat tarikh

0
184
FOTO: Wikimedia Commons/ Daniel Paquet from Regina, Canada [CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)]

Oleh FETTY RARA

TIMBALAN Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye mengingatkan orang ramai supaya jangan membeli vaksin influenza secara ‘online’.

Menurut beliau ini kerana penjualan vaksin menggunakan platform itu tidak pernah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan produk yang diterima mungkin palsu atau telah melebihi tarikh luput.

Selain itu, beliau berkata terdapat perbezaan vaksin yang digunakan pada masa tertentu dan jenis yang digunakan pada tahun lepas adalah berbeza daripada yang sepatutnya digunakan pada tahun ini, lapor The Malaysian Insight.

Dalam pada itu Dr Lee berkata kemungkinan cara penghantaran vaksin tidak mematuhi piawaian yang memerlukan simpanan bersuhu rendah sewaktu penghantaran, justeru menjadikan vaksin berkenaan tidak lagi berkesan.

Beliau memberi peringatan berikutan laporan bahawa terdapat ibu bapa membawa sendiri vaksin yang dibeli sendiri ke klinik untuk disuntik kepada anak-anak mereka.

Minggu lalu Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kira-kira 200,000 dos vaksin influenza akan dibawa masuk secara berperingkat dalam masa dua bulan.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here