Rakyat negara ini wajib tahu tutur bahasa Malaysia

1
352

BAHASA Melayu kini telah diangkat martabatnya di bumi Korea Selatan. Kita tentunya berbangga melihat papan tanda di negeri itu menggunakan Bahasa Malaysia.

Malangnya di Malaysia sendiri terdapat pula rakyat yang bukan sahaja tidak mahu bercakap Melayu malah tidak tahu pun bercakap bahasa itu.

Kita rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan apa yang dilakukan di Korea Selatan dengan meletakkan bahasa Melayu di papan-papan tandanya.

Ia memberi gambaran bagaimana Korea sanggup mengangkat martabat bahasa Melayu di negara itu.

Malangnya di Malaysia sendiri masih wujud segolongan rakyat negara ini  yang tidak mahu berusaha sedikit pun untuk bertutur dalam bahasa rasmi negara sendiri.

Bahkan jauh sekali boleh membaca apatah lagi menulis dalam Bahasa Melayu.

Kini sudah tiba masanya bagi semua rakyat negara ini diwajibkan bertutur dalam Bahasa Malaysia, kalau pun tidak tahu menulisnya.

Bukankah kita sudah merdeka sejak 1957 – lebih 60 tahun.

Malangnya kini masih wujud rakyat yang merangkak-rangkak untuk bercakap Melayu apatah lagi boleh membacanya.

Inikah jenis rakyat yang kita mahu?

— BebasNews

Please follow and like us:
error

1 COMMENT

  1. Masyarakat kita khususnya di Malaysia masih keliru dan tidak faham apa itu Bahasa Malaysia dan apa itu Bahasa Melayu. Penjelasan ini perlu segera ditangani agar masyarakat serta generasi akan datang lebih memahami perbezaan kedua dua istilah ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here