Sorakan gembira puluhan ribu masyarakat Rohingya berikutan keputusan ICJ

0
856
FOTO: Wikimedia Commons.

BERATUS ribu pelarian Rohingya di serata dunia hari ini berkerumun menonton keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague yang disalurkan secara ‘live’ melalui Internet bahawa rejim Myanmar wajib melindungi masyarakat tersebut di negara itu.

Dalam keputusan yang dinantikan dengan penuh debaran dan berdepan dengan keangkuhan pihak rejim, masyarakat Rohingya meraikan keputusan tersebut dengan kegembiraan dan air mata.

ICJ turut memutuskan bahawa rejim Myanmar tidak boleh memusnahkan mahu pun menyembunyikan segala bukti keganasan dan penganiayaan terhadap kaum Rohingya, lapor media Eropah.

Keputusan tersebut merupakan hasil mulia inisiatif sebuah negara Islam kecil di Afrika yang berani bangun menyaman Myanmar dan membawa kes tersebut ke ICJ.

Lebih 730,000 orang Rohingya melarikan diri daripada kezaliman rejim Myanmar di wilayah Rakhine negara itu pada 2017.

Setakat ini Myanmar tidak memberikan respon kepada keputusan ICJ itu.

Menyusul

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here