Wabak koronavirus: China kenakan perintah kuarantin di Wuhan – KKM

0
266
FOTO: Sebuah bandar raya di Wuhan, China/Wikimedia Commons/User:Vmenkov [CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)]

KUALA LUMPUR — China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan, susulan penularan wabak koronavirus.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam catatan Twitter yang berkongsi mengenai perkara itu memaklumkan 11 juta penduduk di situ juga tidak dibenarkan keluar.

“Semua pengangkutan awam seperti bas, subway, feri dihentikan sementara bermula 10 pagi 23 Jan. Lapangan terbang ditutup dan semua penerbangan dari Wuhan dibatalkan,” menurut catatat tersebut.

Media semalam melaporkan, setakat ini sembilan maut akibat virus itu, manakala kira-kira 400 lagi telah dijangkiti.

Amerika Syarikat turut mengumumkan virus berkenaan telah memasuki negara itu.

Pada Isnin, Suruhanjaya Kesihatan Negara China mengesahkan jangkitan manusia kepada manusia yang membabitkan koronavirus baharu itu.

Sebelum ini, virus itu dianggap hanya boleh dijangkiti selepas terdedah kepada haiwan yang sakit.

— BERNAMA 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here