BAHAYA: Peminat tegar bola sepak mempunyai tahap ‘stres’ berisiko

0
278

Oleh FETTY RARA

KAJIAN terbaharu mendapati bahawa peminat tegar bola sepak mengalami kenaikan stres fizikal yang berbahaya semasa menyaksikan pasukan mereka beraksi hingga berisiko mengalami serangan jantung.

Kajian yang dilakukan di Oxford, United Kingdom itu turut membabitkan sampel air liur daripada  beberapa penyokong pasukan Brazil yang tewas kepada Jerman pada Piala Dunia 2014.

Ujian mendapati tahap hormon kortisol dalam tubuh peminat-peminat itu melonjak semasa Brazil kalah 7-1 pada peringkat separuh akhir.

Pengkaji berkata tahap yang terlalu tinggi seperti itu menaikkan tekanan darah dan menyebabkan jantung tidak dapat menampung stres.

Juga didapati tiada perbezaan tahap stres pada lelaki dan wanita sepanjang perlawanan, walaupun lumrahnya dikatakan kaum lelaki lebih taksub dengan pasukan yang mereka sokong.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here