Kenyataan media koronavirus NIOSH

0
469
FOTO: NSTP/FATHIL ASRI.

KUALA LUMPUR — Tempat kerja juga menjadi risiko untuk pendedahan kepada pelbagai jenis penyakit berjangkit. Oleh itu, menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja serta mewujudkan suasana tempat kerja yang selamat dan sihat.

Pekerja juga bertanggungjawab memberi kerjasama dalam mematuhi arahan atau langkah-langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bagi melindungi diri mereka serta orang lain.

Antara langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah:

1. Menutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Buang tisu yang telah digunakan.

2. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk dan bersin.

3. Jika anda tidak sihat, pakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila berurusan dengan orang lain dan hadkan pergaulan anda dengan orang sekeliling.

4. Elakkan juga berkongsi hidangan, peralatan untuk makan, perkakas dapur serta tuala.

Baru-baru ini, kita dimaklumkan berkenaan wabak koronavirus baharu yang dilaporkan di Wuhan, China. Negara yang berdekatan dengan kita, Thailand, juga telah melaporkan kes import pertama koronavirus baharu ini. Sehubungan itu, langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan bagi menghadapi potensi penularan penyakit ini di negara kita.

Jika terdapat pekerja yang mengalami gejala seperti demam, batuk, sukar bernafas, sakit dada, selsema serta sakit tekak, dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan perubatan.

Sila klik di sini untuk Infographics mengenai Coronavirus: [http://mrem.bernama.com/mrembm/pdf/infografik%20niosh.pdf]

Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)
Malaysia

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here