Wanita warga China ‘tipu’ saringan koronavirus di Paris

0
584

Oleh FETTY RARA

KEDUTAAN China di Paris berjaya menjejak seorang wanita dari Wuhan yang mendakwa beliau menelan pil demam untuk melepaskan diri daripada ditahan di lapangan terbang.

Beliau dengan bangga mengumumkan dalam media sosial WeChat bahawa beliau sememangnya demam ketika tiba di lapangan terbang di Paris, tetapi berjaya ‘menipu’ alat pengesan di lapangan terbang dengan memakan ubat demam.

Setelah melepasi pos pemeriksaan wanita itu kemudian memuat naik beberapa gambar beliau menikmati makan malam di sebuah restoran lima bintang di bandar raya Lyon.

Apabila dihubungi oleh media tempatan kedutaan China di Paris mengesahkan bahawa simptom pada wanita tersebut terkawal, lapor bbc.com.

Beliau dikatakan berlepas dari Wuhan sebelum semua penerbangan dari bandar raya itu dihentikan, tetapi telah dilaksanakan imbasan kesihatan bagi penumpang.

Post beliau di media sosial yang menjadi tular dikecam dengan meluas dan dianggap angkuh dan tidak bertanggungjawab.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here