Gerakan: Jemput Dr M sebagai pemimpin nombor 1, bukan mahu sertai PH

0
383
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di Menara PGRM hari ini. Turut hadir Presiden Nasional PGRM Datuk Dr Dominic Lau (empat, kiri) dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tiga, kiri). --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR — Presiden Gerakan, Dominic Lau berkata beliau akan bekerjasama dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad walaupun menjadi parti bebas.

Kehadiran Mahathir di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Gerakan hari ini menimbulkan persoalan sama ada parti itu berminat untuk menyertai Pakatan Harapan, namun Lau berkata beliau tidak mahu jemputannya kepada perdana menteri itu disalah tafsir.

Beliau berkata menjemput perdana menteri meraikan perayaan seperti itu adalah perkara biasa kerana Mahathir adalah “pemimpin nombor 1” negara dan Gerakan mahu menyumbang kepada pembinaan negara sebagai parti bebas.

Gerakan meninggalkan Barisan Nasional sebagai parti komponen sebulan selepas BN kalah pada pilihan raya umum pada 2018.

“Buat masa ini, selepas kami keluar dari Barisan Nasional, kami kekal menjadi pasukan ketiga dalam arena politik negara. Perkara yang paling penting adalah ideologi parti, yang sangat mudah dan jelas.

“Kita mahu politik stabil di negara kita dan kita berjuang untuk keadilan – tanpa mengira bangsa, agama atau budaya. Kita bukan parti etnik dan kami berjuang untuk semua rakyat Malaysia. Itulah salah satu prinsip asas kami, seperti pendekatan sederhana untuk memerintah negara dan berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan.

“Saya berkongsi ini dengan Tun (Mahathir) dan saya fikir dia bersetuju bahawa kita perlu bekerjasama rapat antara satu sama lain untuk perpaduan, kemakmuran dan kebaikan negara pada masa akan datang,” katanya sambil menambah semua parti politik berusaha membina masa depan yang lebih baik untuk negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/25/gerakan-jemput-dr-m-sebagai-pemimpin-nombor-1-bukan-mahu-sertai-ph/
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here