Koronavirus China merebak semakin pantas

0
717

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

DALAM perkembangan terbaharu di China, Presiden Xi Jinping telah memanggil satu mesyuarat tergempar pada hari perayaan Tahun Baru China hari ini dan memberi amaran bahawa koronavirus yang terkini telah meragut 41 nyawa sedang merebak dengan pantas.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada seluruh rakyat China bahawa negara itu kini berdepan dengan keadaan yang mencemaskan.

Selain angka kematian yang semakin meningkat, virus berbahaya itu turut menjangkiti seramai 1,300 orang.

Larangan perjalanan dikuatkuasakan di beberapa bandar raya di China yang terkesan.

Bermula esok (Ahad) kenderaan peribadi tidak akan lagi dibenarkan masuk ke kawasan pusat Wuhan, lapor bbc.com yang memetik sumber media tempatan.

Jika semalam dilaporkan pihak berkuasa sedang bertungkus-lumus mengerahkan pekerjaan bagi menyiapkan sebuah hospital 1,000 katil dalam masa seminggu, hari ini pula diumumkan bahawa sebuah lagi hospital juga akan dibina dalam jangka masa yang sama bagi merawat sebanyak 1,300 kes baharu, lapor akhbar harian rakyat, Renmin Ribao.

Selain itu, beberapa pasukan bantuan tambahan juga dihantar ke Wuhan dari serata China.

Sambutan perayaan tahun Baru China di berapa bandar raya dibatalkan.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here