Red Ang Pow terima geran RM300,000

0
277

KUALA LUMPUR – Red AngPow Sdn Bhd (Red AngPow) mengumumkan telah menerima Geran Program Pelaburan Cradle bernilai RM300,000 daripada Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle).

Pengarah dan Pengasas Bersama RED ANGPOW, Erhan Azrai  berkata, geran akan memberi manfaat yang besar kepada syarikatnya.

“Kami akan menerima perkhidmatan sokongan daripada Cradle yang disediakan untuk membantu dalam usaha memupuk, membangunkan dan mempersiapkan kami menghadapi segala cabaran dalam membina syarikat teknologi permulaan dari bawah.

“Perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah itu termasuk program bimbingan dan pementoran yang dipertingkatkan sepanjang tempoh pendanaan dan peluang untuk dipadankan dengan bakal-bakal pelabur,” katanya.

Erhan menambah, Red AngPow juga akan berpeluang menyertai sesi pemadanan bersama rakan-rakan Cradle serta menghadiri program latihan dalaman yang bertujuan menyokong proses penciptaan, inovasi dan komersialisasi.

Beliau memberitahu, manfaat-manfaat lain termasuk penyertaan dalam acara-acara membina rangkaian perniagaan di bawah Cradle selain menerima sokongan media dan perhubungan awam.

“Kami yakin bahawa geran yang diterima itu akan membantu dalam melonjakkan kecekapan syarikat,” katanya.

RED ANGPOW ialah syarikat permulaan yang menyediakan platform perancangan bandar pintar berpandukan data yang bertujuan membantu para jurunilai, perancang bandar, pihak berkuasa tempatan dan pemaju untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam perancangan bandar dan pembinaan infrastruktur.

RED ANGPOW merupakan sebahagian daripada Program Cyberview Living Lab Accelerator.

Cradle ialah sebuah organisasi pempengaruh bagi syarikat-syarikat permulaan di Malaysia, diperbadankan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia pada 2003 dengan mandat untuk menyalurkan dana kepada syarikat-syarikat teknologi permulaan yang berpotensi dan berkaliber tinggi melalui Program Pelaburan Cradle (CIP).

Program Pelaburan Cradle 300 (CIP300) adalah program prapermulaan yang menyediakan bantuan kewangan dan nilai tambah sehingga RM300,000 untuk para usahawan yang ingin memulakan perniagaan berasaskan teknologi yang inovatif.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here