Wan Azizah pengerusi mesyuarat bincang mengenai isu wabak koronavirus

    0
    397
    TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) menunjukkan bahan pembersih tangan sebelum mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Bangunan Perdana Putra hari ini. Turut kelihatan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah. /fotoBERNAMA

    PUTRAJAYA — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mempengerusikan mesyuarat berkenaan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

    Mesyuarat yang diadakan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri itu turut dihadiri Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

    Dr Dzulkefly difahamkan akan membentangkan mengenai data dan status terkini mengenai wabak yang dipercayai berasal dari Wuhan, China pada mesyuarat berkenaan.

    Setakat ini, empat orang warganegara China yang melawat Malaysia disahkan telah dijangkiti virus berkenaan.

    Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud serta Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

    BERNAMA

    Wan Azizah, mesyuarat, Koronaviru

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here