Anak kecil disyaki coronavirus dikeluarkan dari hospital, ditahan bersama ibu di Lapangan Terbang Senai

0
621
FOTO: NSTP/ZAIN AHMED.

KANAK-kanak warga China yang disyaki dijangkiti koronavirus dan enggan dikuarantin, ditahan bersama ibu bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai malam tadi, kata Ketua Polis Johor, Kamarudin Md Din.

Terdahulu dilaporkan oleh media dan ditularkan dalam media sosial semalam bahawa seorang pesakit yang disyaki membawa coronavirus berjaya mengelak daripada dikuarantin.

Ibu bapa kanak-kanak kecil dikatakan itu enggan mematuhi arahan doktor sebuah hospital di Johor untuk memasukkan kanak-kanak tersebut ke wad pengasingan pada hari Jumaat.

Kejadian lewat petang itu berlaku apabila anak kecil berusia dua tahun itu dikeluarkan oleh ibu bapanya dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kira-kira pukul 10 malam.

“Seorang doktor di HSA memeriksa anak kecil itu dan mengesahkan bahawa kanak-kanak itu mengalami demam virus, yang disyaki coronavirus,” kata satu sumber.

Bagaimanapun, apabila doktor dan pakar memberitahu ibu bapa berkenaan bahawa anak mereka perlu dihantar ke hospital lain yang ditetapkan untuk dikuarantin bagi pemeriksaan lanjut, ibu bapa itu enggan berbuat demikian.

Mereka dikatakan memberitahu doktor tersebut bahawa mereka perlu pulang ke China yang dijadualkan pada jam 10 pagi Sabtu dan bertegas supaya pesakit hanya diberikan ubat demam dan batuk.

Ibu bapa itu kemudian meninggalkan hospital tersebut dengan anak sakit mereka, dan doktor hospital berkenaan telah membuat laporan polis.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here