Iran hukum mati ketua sindiket dadah ‘buaya teluk’

0
268

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

IRAN menjalankan hukuman mati ke atas seorang ketua sindiket dadah antarabangsa yang dikenali sebagai “Buaya Teluk Parsi” dan seterusnya mematahkan kegiatan kumpulannya.

Menurut media rasmi Iran (ISNA), si “buaya teluk” itu ditangkap ketika beliau sibuk memindahkan lebih 100 tan dadah di perairan antarabangsa berhampiran negara tersebut.

Lelaki berusia 36 tahun dan seorang pembantu itu akhirnya menjalani hukuman mati setelah pemantauan dan pengintipan ke atas aktivitinya sejak beberapa tahun lalu.

Iran menjatuhkan hukuman mati ke atas ratusan banduan setiap tahun, lapor bbc.com.

Menurut Amnesty International negara itu menghukum mati sekurang-kurangnya 253 orang pada 2018.

Angka tersebut mencatatkan penurunan sebanyak 50% daripada 507 hukuman pada tahun sebelumnya berikutan pemindaan kepada undang-undang anti-dadah negara tersebut.

Bagaimana pun mengendalikan pengedaran dadah berskala dunia masih membawa hukuman mati di Iran.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here