Sekat atau tidak: Kenapa nyawa rakyat tempatan dijadikan taruhan?

0
374
FOTO: NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN.

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH

PANIK satu dunia apabila tercetus ancaman koronavirus novel yang sudah pun menjadi wabak.

Walaupun kerajaan China sudah menyekat warga Wuhan daripada keluar, namun virus maut itu terus merebak apabila ada antara mereka juga panik untuk ‘melarikan’ daripada wilayah itu.

Malah, ada yang menganggap Wuhan seperti diserang ‘zombie’ apabila ada warganya tiba-tiba rebah dan maut akibat dijangkiti virus itu.

Setakat ini banyak negara telah dijangkiti, termasuk negara kita Malaysia.

Dan pembawa virus tersebut adalah warga China, khususnya dari wilayah Wuhan.

Malah, beberapa negara bertindak tegas seperti Filipina yang tidak mahu menerima kedatangan warga China kerana dibimbangi membawa virus maut berkenaan ke negara mereka.

Tetapi kenapa kita masih ‘rela’ membuka pintu kepada warga China sedangkan sudah ada empat kes import koronavirus disahkan di negara kita.

Pembawanya memang sah-sah warga dari China.

Kenapa tidak sekat sahaja kemasukan mereka di semua pintu masuk negara.

Adakah kerana tidak mahu menjejaskan program Tahun Melawat Malaysia 2020?

Memang sudah terjejas pun kedatangan pelancong!

Jangan hanya kerana diambil kira pertimbangan aspek pelancongan dan ekonomi, tetapi kesihatan dan keselamatan negara tergadai dan terancam.

Tanya rakyat jelata, mereka bukan sahaja amat bimbang, malah mulai panik dengan tindakan kerajaan yang dilihat masih membenarkan kehadiran warga China ke negara ini.

Harus diingat, pemantauan dan saringan kesihatan di pintu masuk bukan 100 peratus berkesan, seseorang mungkin sihat semasa pemeriksaan, namun virus sudah bersarang dalam badannya.

Dalam tempoh tertentu selepas itu barulah gejala jangkitan mula menyerang.

Buktinya pada lapan ahli keluarga seorang lelaki dari Wuhan yang ditahan di Singapura baru-baru ini.

Dia yang menjadi kes pertama disahkan di Singapura, tetapi lapan ahli keluarga lain sudah ‘terlepas’ memasuki Malaysia.

Malah, disahkan tiga daripada mereka dijangkiti. Lebih membimbangkan apabila ibu bapa seorang kanak-kanak itu melarikan anak mereka yang dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tindakan tidak bertanggungjawab itu meningkatkan lago risiko rakyat tempatan dijangkiti.

Bagi rakyat kita yang berkunjung ke China, apabila pulang mereka juga harus dikuarantin dalam tempoh tertentu.

Bukan untuk menyusahkan, tetapi bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus maut tu.

Ingat, pak menteri dan pemimpin sering berkata:  Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Jadi, amalkan dengan tegas ungkapan itu.

–BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here