Wabak koronavirus: Angka kematian 56, Kanada sahkan kes pertama, jumlah kes kini 1,600

    0
    362

    Oleh FETTY RARA

    SEKATAN perjalanan di China diperluas bagi mengekang jangkitan koronavirus.

    Sekurangnya-kurangnya 13 bandar raya yang membabitkan sejumlah 13 juta orang kini diletakkan di bawah arahan sekatan perjalanan.

    Bermula daripada pukul 2.00 waktu tempatan semalam dilaporkan bahawa bandar raya Shantou di wilayah Guangdong yang mempunyai penduduk seramai 5.3 juta turut terbabit, lapor bbc.com.

    Perkhidmatan bas, feri dan teksi dihentikan, sementara bermula pada Isnin kereta, bot mahu pun orang ramai tidak akan dibenarkan memasuki bandar raya itu, kecuali bagi tujuan kecemasan.

    Bandar raya Shantou terletak kira-kira 800km dari Wuhan, di mana wabak koronavirus berpusat.

    Sementara itu, bandara raya kedua terbesar di China, Shanghai melaporkan 40 kes jangkitan koronavirus dan 95 kes disyaki hari ini.

    Menurut satu laporan akhbar British, The Guardian, Hong Kong kini diletakkan di bawah perintah darurat sebagai respons kepada penularan wabak tersebut.

    Lima kes yang disahkan dikatakan mempunyai kaitan dengan bandar raya Wuhan.

    Ketua Eksekutif wilayah Hong Kong, Carrie Lam berkata kerajaan telah membabtalkan sambutan perayaan tahun baru Cina dan penutupan semua sekolah rendah dan menengah dilanjutkan dua minggu lagi selepas cuti tahun baru Cina.

    Kesemua penerbangan dan perkhidmatan tren terus dari Wuhan juga di sekat daripada memasuki Hong Kong.

    -BebasNews

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here