Benarkah menteri Waytha Moorthy tuduh Malaysia tindas kaum India?

2
741

Oleh DATUK REJAL ARBEE

BARU-baru ini keluar berita (di sini) bahawa seorang menteri kita bernama Waytha Moorthy telah hadir di suatu dialog anjuran Northern Ireland Council for Racial Equality (NICRE) di Parlimen Northern Ireland.

Dikatakan bahawa sebuah risalah telah diedarkan semasa dialog itu yang antaranya menuduh kononnya kita di Malaysia ini bukan sahaja menindas kaum India malah mereka dipaksa pula masuk Islam.

Selain itu mereka juga kononnya tidak diberikan kerakyatan walau pun layak serta berbagai  pembohongan yang berbaur perkauman.

Dinyatakan juga bahawa Moorthy bersama beberapa orang pegawainya dari Kementerian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial itu hadir di mana risalah tuduhan melulu terhadap apa yang dilakukan di Malaysia itu diedarkan dengan berleluasanya tanpa dibantahi oleh Moorthy mahu pun pegawai-pegawainya.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa mereka menyokong tuduhan liar itu.

Maka itu saya ingin tanya Moorthy, berapa ramai sudah orang India di sini yang layak menjadi warganegara dinafikan kerakyatan mereka serta berapa ramai pula orang India di sini dipaksa masuk Islam?

Moorthy tidak boleh berdiam diri sebab kalau demikianlah sikapnya itu bermakna dia dan pegawai-pegawainya dari Kementerian berkenaan menyokong penuh tuduhan melulu tersebut.

Kabinet perlu minta penjelasan daripada Moorthy  dan bertanya sama ada benar dia mendokong tuduhan liar itu.

— BebasNews

PENAFIAN: Tulisan di atas adlah pendapat penulis semata-mata dan tidak semestinya mencerminkan dasar editorial BebasNews.

Please follow and like us:
error

2 COMMENTS

  1. Setiap isu itu sangat penting untuk dijelaskan kedudukannya; apatah lagi jika isu tersebut melibatkan keharmonian sejagat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here