Koronavirus: Jumlah kematian di China kini 106

0
317

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

CHINA mencatatkan jumlah kematian berikutan jangkitan koronavirus sebanyak 106 hari ini, sementara kes-kes jangkitan terbaharu naik dua kali ganda.

Dengan itu jumlah keseluruhan kes disahkan di China mencecah 4,515 pada 27 Januari, naik daripada 2,835 sehari sebelumnya.

Larangan perjalanan terus diperketat bagi mengekang penularan virus tersebut, lapor bbc.com.

Bandar raya Wuhan di mana virus itu berpunca terus diletakkan di bawah sekatan ketat, termasuk seluruh wilayah Hubei.

Koronavirus boleh mencetuskan masalah pernafasan yang teruk dan setakat ini belum ada vaksin atau penawar untuk mengubatinya.

Sebahagian besar daripada kematian membabitkan orang tua yang mempunyai masalah pernafasan.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here