IKHLAS desak campur tangan PM – Selesaikan kemelut peniaga terjejas

    0
    514

    PUTRAJAYA – PERTUBUHAN Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas),
    bersama-sama 315 peniaga Uptown Danau Kota yang telah hilang mata pencarian, memohon dan merayu campur tangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyelesaikan kemelut yang dihadapi seterusnya membawa sinar baru dalam kehidupan mereka.

    Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, atas dasar prihatin dan membela nasib kalangan peniaga yang merupakan ahli Ikhlas sejak 2011 lagi, maka pihaknya mendesak agar satu solusi konkrit dapat dicapai untuk membantu kalangan peniaga dan penjaja terjejas.

    Beliau berkata, pihak berwajib khususnya DBKL perlu tampil dan tegas dalam usahanya untuk menyelesaikan kemelut berbangkit serta tidak tunduk kepada desakan mana-mana pihak yang tidak berkaitan.

    “DBKL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus menghalang tindakan mana-mana individu yang berkepentingan daripada terus cetus provokasi terhadap kalangan peniaga tercicir, seterusnya memangsakan lebih 300 peniaga terjejas.

    “Memandangkan isu ini telah berlarutan, maka kami ingin merayu YAB Tun tampil campurtangan supaya ia selesai dalam situasi menang-menang sementara menunggu DBKL dan Kementerian Wilayah mencari satu kaedah untuk menyelesai isu tersebut,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam demontrasi aman  350 peniaga Uptown Dana Kota di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyerahkan memo bantahan terhadap isu tersebut kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Abu Bakar Yahaya.

    Dalam pada itu, Abu Bakar ketika mengulas isu berkenaan berjanji, beliau akan turun padang dan mengenalpasti isu berbangkit seterusnya tampil dengan solusi yang diperlukan demi menjaga keharmonian pihak yang terbabit.

    Menurut Mohd Ridzuan, lebih 320 peniaga yang terbabit kini hidup dalam keperitan dan susah akibat tindakan Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew yang campur tangan malah mengganggu urusan tinjauan penempatan semula tapak perniagaan terbabit.

    “Sekali lagi IKHLAS merayu supaya mereka diberi peluang untuk meneruskan perniagaan mereka tanpa dihalang mana-mana pihak di tapak asal. IKHLAS juga ingin cadangkan hak penganjuran dikendali oleh pihak DBKL buat sementara waktu.

    Kemelut peniaga Uptown Danau Kota didakwa bermula apabila ada campur tangan daripada YB Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, sendiri tubuhkan koperasi dan persatuan di mana YB merupakan penaung (Persatuan Buxia Wangsa Maju) bagi tapak niaga sementara.

    “Bancian permindahan peniaga yang dibuat DBKL telah ditolak oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju kononnya tidak telus, lalu YB Wangsa Maju Ielah mencadangkan Syarikat Invoke Solution Sdn.Bhd syarikat milik Mohd Rafizi bin Ramli (PKR) untuk lakukan bancian. Ini jelas memperlihat bahawa wujud campur tangan politik dalam isu ini hingga memangsakan ratusan peniaga yang merupakan rakyat kelompok B40 wajar dibela,” ujarnya.

    -BebasNews

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here