Minyak sawit: Pakistan janji buat yang terbaik untuk bantu Malaysia

0
239
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) pada sidang media bersama Perdana Menteri Pakistan Imran Khan selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Bangunan Perdana Putra hari ini. --fotoBERNAMA

PAKISTAN akan melakukan yang apa yang termampu untuk membeli minyak sawit dari Malaysia bagi mengimbangkan kerugian yang dialami negara ekoran tindakan New Delhi menyekat pengimportan komoditi itu.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan berkata India “mengancam” Malaysia akibat pendirian Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu Kashmir.

“Terutamanya sejak kami menyedari bahawa India mengancam Malaysia kerana menyokong perjuangan Kashmir, mereka mengancam Malaysia untuk mengurangkan import minyak sawit mereka (India.

“Pakistan akan melakukan yang yang termampu untuk mengimbanginya,” kata Imran.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Mahathir di Putrajaya hari ini.

Terdahulu, Mahathir memberitahu, bahawa beliau telah membangkitkan isu mengenai kekangan dihadapi Malaysia berhubung pengeksportan minyak sawit ke India.

“Kami berbincang mengenai penjualan minyak sawit dan sudah tentu, saya fikir Pakistan bersedia untuk mengimport lebih banyak minyak sawit dari Malaysia,” kata Mahathir.

Tiada arahan rasmi

Untuk rekod, Mahathir ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sept tahun lepas, menyentuh konflik Jammu dan Kashmir yang menjadi perbalahan berpanjangan di antara New Delhi dan Islamabad.

“Sekarang, walaupun ada resolusi PBB mengenai Jammu dan Kashmir, wilayah itu telah diserang dan dicerobohi. Mungkin ada sebab untuk tindakan ini, tetapi ia tetap salah.

“Masalah tersebut harus diselesaikan dengan cara yang damai. India harus bekerjasama dengan Pakistan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Mengabaikan PBB akan membawa kepada pengabaian kepada PBB dan kedaulatan undang-undang,” kata Mahathir ketika itu.

Walaupun Mahathir tidak berpihak kepada Pakistan atau India, ucapannya dilihat sebagai kritikal terhadap New Delhi.

Pada masa ini, Jammu dan Kashmir yang dikuasai India berada di bawah perintah berkurung, dengan puluhan ribu anggota tentera ditempatkan di sana.

New Delhi tidak mengeluarkan arahan rasmi untuk memboikot, namun kerajaan meminta peniaga India mengelak daripada membeli bahan itu dari Malaysia dan ia memberi kesan terhadap eksport negara.

https://www.malaysiakini.com/news/509506
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here