THIJARI Memudahkan Pendeposit Semak Akaun – Nik Mohd Hasyudeen

0
202
KETUA Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (kanan),diiringi Pengurus Besar Simpanan dan Pengeluaran TH, Mohd Ridzuan Wahi (kiri) dan Ketua Pegawai Strategik dan Ketua Staf TH, Hizamuddin Jamaluddin (dua kiri) melancarkan THiJARI pada majlis TH lancar Platform laman perhidmatan digital THiJARI dan kempen simpanan daftar dan menang di Menara Tabung Haji. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

TH hari ini melancarkan platform perkhidmatan digital untuk pendeposit yang dikenali sebagai ‘THiJari’.

Ia merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada pendeposit untuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan Haji.

“Ini akan menyenangkan pendeposit TH menjimatkan masa tidak payah datang ke kaunter, dan kalau nak semak baki boleh guna platform ini.

“Kami menyesorkan kepada pendeposit TH untuk gunakan THiJari yang akan banyak membantu mereka di masa depan kita akan tambah lagi fungsi-fungsi lain yang ada,” katanya lagi.

Turut dilancarkan Kempen Daftar, Simpan dan Menang yang membolehkan pemenang memenangi pakej umrah dan wang tunai berjumlah RM300,000.

Pendeposit hanya perlu mendepositkan sejumlah RM5,000 ke dalam akaun TH mereka dan mengekalkan simpanan mereka sehingga Disember depan bagi melayakkan mereka menyertai kempen ini.

Baca lagi: https://malaysiagazette.com/2020/02/05/terkini-thijari-memudahkan-pendeposit-semak-akaun-nik-mohd-hasyudeen/
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here