Prof Madya Rahim Awang, Presiden baharu Persatuan Kakitangan Akademik UiTM (Utimas)

0
278

SHAH ALAM — Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Mara (Utimas) memilih
pensyarah Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur, Prof Madya Abd Rahim Awang selaku presidennya yang baharu bagi sesi 2020-2022.

Utimas yang dianggotai oleh kalangan profesor dan profesor madya universiti itu merupakan platform interaksi antara kakitangan dan pihak pengurusan.

Abd. Rahim menggantikan Prof Dr Sazili Sahibi dari Fakulti Pengurusan Maklumat.

Mesyuarat agung dwitahunan ke-8 persatuan itu di sini kelmarin juga melantik Prof Madya Dr Sarimah Ismail dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi selaku Timbalan Presiden.

Setiausaha pula ialah Prof Madya Dr Salmiah Jamal dari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan; Penolong Setiausaha Prof Madya Dr Che Mah (Pengurusan Hotel dan Pelancongan) manakala Bendahari  ProfMadya Dr Norliza Aminudin (Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan).

Barisan Exco terdiri daripada: Prof Madya Hanapian Harun (Fakulti Pengurusan Maklumat), Prof Madya Dr Zulkifli Latif (Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media), Prof Madya Sr Roslan Affandi (Fakulti Senibina dan Perancangan Ukur),
Prof Madya Hoo Wee Chee (Akademi Pengajian Bahasa) dan  ProfMadya Dr Anealka Aziz Hussin (Akademi Pengajian Bahasa).

Dalam ucapan sulung, Presiden baru Utimas menyatakan barisan baharunya akan menyambung perjuangan Utimas serta melaksanakan matlamat dan perjuangan dengan lebih tersusun.

Menurut beliau, perjuangan kebajikan warga akademik akan menjadi keutamaan persatuan itu.

Beliau seterusnya menyatakan Lembaga Penasihat akan dibentuk daripada kalangan ahli-ahli yang pakar dalam berbagai bidang untuk mengukuhkan Utimas.

“Antara agenda utama Utimas adalah untuk memohon supaya gred perkhidmatan DM56 diwujudkan dalam skim perkhidmatan pensyarah UiTM sebagaimana yang ada dalam skim perkhidmatan doktor perubatan, di samping mempergiatkan penambahan ahli yang berkurangan disebabkan tiada kemasukan secara automatik seperti dulu sanbramai profesor madya dan profesor yang telah bersara,” kata Abd. Rahim.

Menurut beliau lagi, Utimas juga akan merapatkan kesepakatan bersama pengurusan UiTM, Kesatuan Kakitangan UiTM (KKUITM), Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) serta persatuan-persatuan dalaman lain di UiTM.

“Selain itu di peringkat nasional, Utimas akan bersama-sama berganding bahu dengan Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) dan Cuepacs dalam usaha untuk memperkukuhkan perjuangan dan matlamat Utimas terhadap kebajikan terutama kepada warga akademik UiTM,” katanya.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here