[VIDEO] Anggota tentera mengamuk di Thailand ditembak mati

0
999

Oleh FETTY RARA

SEORANG anggota tentera yang menembak mati 26 orang awam dalam kejadian amuk di bandar raya Nakhon Ratchasima, Thailand semalam telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan.

Menurut polis Thailand, Jakrapanth Thomma telah membunuh pegawai pemerintahnya semalam (Sabtu) sebelum mencuri senjata dari sebuah kem tentera.

Suspek kemudian meneruskan amukkannya di jalan-jalan raya dan di sebuah pusat membeli-belah di Nakhon Ratchasima (Korat), lapor bbc.com.

Penembak yang dipercayai bertindak seorang diri sebelum itu telah memuat naik bahan ke media sosial.

Dia dikepung di dalam bangunan semalaman oleh pasukan keselamatan sebelum ditembak mati.

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha hari ini mengumumkan jumlah kematian lebih tinggi daripada semalam, sementara 57 orang mengalami kecederaan.

Beliau berkata kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di Thailand dan beliau mahukan agar ini kali terakhir ia berlaku.

Jakrapanth dikatakan berdendam berhubung dakwaan satu penipuan dalam urusan hartanah.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here