Pakatan Nasional: On atau tak on?

2
520

Oleh ARRAZAQ NAZRI

DIKATAKAN semalam satu negara ternanti-nanti sama ada UMNO akan menyertai Pakatan Nasional yang bakal melibatkan kerjasamanya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama-sama parti-parti lain, menjadi kenyataan.

Sekira benar, ia akan mengesahkan ceritera yang dibawa oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, begitu sebaliknya.
Setakat ini, segala telahan telah tersasar, ia sekadar menjadi topik bualan kosong untuk mengisi masa di kedai kopi dan laman maya.

Mesyuarat yang diadakan itu sekadar mengariskan beberapa perkara menyentuh mesyuarat agung tahunan parti dan komitmen UMNO untuk meneruskan agenda Muafakat Nasional bersama musuh tradisinya, Pas.

Terdapat pelbagai pendapat yang dilontarkan dengan ramai yang menyokong dan tidak kurang juga yang menentang bersama-sama pandangan masing-masing.

Malah, pemimpin DAP sendiri juga tidak yakin perkara itu akan berlaku meskipun ada yang mengatakan mereka hanya mahu menyedapkan hati sendiri. Bagi mereka yang prokerajaan, Tun Mahathir dan Bersatu telah membelakangi kehendak rakyat.

Dalam kalangan ahli UMNO, mereka turut berbelah bahagi sama ada menyokong atau tidak gabungan tersebut.

Ketika terdapat penolakan tentang perlunya kerajaan dibentuk secara demokrasi mengikut suara rakyat tetapi politik merupakan seni yang serba mungkin.

Menurut seorang pemerhati parti politik pembangkang, trend yang ada menunjukkan rakyat sedang menghantar mesej kerajaan semasa di bawah Pakatan Harapan ditolak beransur-ansur berdasarkan lima Pilihanraya Kecil yang berlangsung sebelum ini.

Ini dapat dilihat dalam kemenangan pembangkang ketika bertanding dalam Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, DUN Rantau, Parlimen Tanjung Piai dan Parlimen Kimanis.

Kemenangan ini dikatakan kononnya Barisan Nasional mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi.

Pun begitu, seorang bekas Setiausaha Bahagian UMNO Selangor tetap yakin agenda Pakatan Nasional yang ‘dibocorkan’ Lokman sehingga dia dipecat akan tetap menjadi kenyataan. Ini sekali gus bakal meminggirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan juga parti DAP.

Meskipun UMNO dikatakan seperti menutup pintu terhadap pembentukan Pakatan Nasional, pastinya ia juga tidak mampu untuk ketinggalan dan bekerjasama dengan parti DAP yang menjadi seterunya selama ini.

Sejauh mana kebenaran kata-kata Lokman pastinya ia menjadi sesuatu yang menarik dalam perkembangan senario politik masa kini. Jika benar berlaku pastinya lanskap politik di negara ini akan berubah lagi dan dijangka persepsi rakyat.
Mungkin ia juga hanya sekadar misteri yang terus tidak terungkai.

BebasNews
Please follow and like us:
error

2 COMMENTS

  1. Penganalisis ini pemikiran terlalu naif dan singkat pemikiran. Benda macam ini bagi penganalisis mahir akan ‘read between the lines’ selain mengkaji trend sebelumnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here