Tentera lepas geram atasi Kedah

0
6365
SUHARRIL Fetri Shuib... pemain terbaik terbaik perlawanan Tentera lawan Kedah.

Oleh TL ANG

KUALA LUMPUR — Angkatan Tentera yang diaibkan dengan kedudukan keempat saingan tahun 2019 kembali garang apabila menang besar; ining dan 120 larian ke atas Kedah dalam saingan Kriket Antara Negeri merebut Perisai Raja-Raja di Bayuemas Oval, 8 dan 9 Februari 2020.

Dengan menampilkan hampir semua pemain utamanya; Tentera yang juga naib juara 2018 memukul sehingga 281-4 dalam ining pertama. Kedah hanya melakukan setakat 61 (ining pertama) dan 100 dalam ining berikutnya.

Pengurus Kedah, Kamil Khirodin tidak menjangka berhadapan kekalahan teruk sehingga tumpas ratusan larian juga dengan ining.

”Sukar bagi saya bercerita lagi. Apa yang pasti, Kedah akan menampilkan barisan kental tahun 2021,” katanya.

Tentera akan menentang johan 2019, Negeri Sembilan 7 hingga 8 Mac ini dan yakin dapat menjinakkan pasukan juara itu berpandukan prestasi semasa.

”Saya tahu pasukan itu menghadapi masalah menghimpun pemain terbaik dalam pertemuan akan datang dan kami akan memastikan kemenangan kelak,” kata Suharril Fetri Shuib; wakil Tentera yang dinamakan pemain terbaik perlawanan menentang Kedah.

Persatuan Kriket Melayu Malaysia menganjurkan kejohanan tahunan ini sejak mula dipertandingkan pada tahun 1951.

KEPUTUSAN:

Tentera kalahkan Kedah dengan ining dan 120 larian.

Ining pertama:
Kedah 61 (33.2 over)  Syafiq Shariff 26; Rosman Zakaria 14. Rashid Ahad 4-0; Nazril A. Rahman 3-13; Suharril Fetri Shuib 2-14.
Tentera 281-4 dec. (66 over)  Suharril Fetri Shuib kekal 106; Norwira Zazmie A. Halim 78; Shafiq Sharif 47. Rosman Zakaria 2-51; Arief Yusof 2-77.

Ining kedua:
Kedah 100 (29.2 over) Rosman Zakaria 27; Zulhaimy Salleh 14; Syafiq Shariff 13. Syahadat Ramli 3-31; Rashid Ahad 2-15; Nazril A. Rahman 2-16.

Pemain terbaik: Suharril Fetri Shuib (TEN)
Pengadil: Poobalan Loganathan (PP) & Mathan Kumar Muniandy (SEL).

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here