Siti Sarah tak riak,  kongsi tip saja

0
371
TAMPIL dengan single baharu berjudul Dap...Dap...Dap ciptaan Yonnyboii.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

BELUM sampai tiga bulan kedai minuman Bubble Bee beroperasi, taukenya, penyanyi Siti Sarah dan suami, Shuib sudah merancang untuk membuka tiga lagi cawangan.

Kedai pertama Bubble Bee yang menjual minuman air boba berasaskan madu lebah yang dirasmikan pada 12 Disember 2019, terletak di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Menurut Sarah, permintaan untuk minuman yang diperkenalkan di kedainya sangat tinggi. Malah kebanyakan pelanggan yang datang bukan sekitar Shah Alam saja, malah dari Seremban pun ada.

“Dah nak masuk tiga bulan, alhamdulillah permintaan sangat tinggi. Memang sangat luar biasa dan sokongan rakyat Malaysia pada kami memang luar biasa.

ORANG ramai sanggup berbaris untuk menikmati minuman di Bubble Bee.

“Sarah tak tahu macam mana nak ucapkan terima kasih pada semua yang memberi sokongan. Insya-Allah dalam masa sebulan dua ini saya akan buka empat cawangan lagi.

“Ada pelanggan datang dari Seremban, dua tiga kali datang ulang. Saya tidak selalu pergi ke kedai, bila rasa nak minum, adalah saya kat situ,” ceritanya tentang perkembangan terkini kedai Bubble Bee.

Tambah Sarah, dek permintaan tinggi dan pelanggan terpaksa berbaris panjang untuk membeli, sebagai tanda penghargaan, pihaknya menyediakan air minuman secara percuma.

“Paling demand adalah ais krim dan paling baru minuman coklat brownies tapi bila minuman terasa seperti makan kek. Ada lebih daripada 10 perasa.

“Sebenarnya saya tak sangka mendapat sokongan semua rakan artis, peminat dan netizen. Saya tak tahu macam mana nak ucap terima kasih. Selain itu, Grab Food pun dah tanya tapi kami belum beri jawapan lagi,” katanya yang enggan memberitahu di mana lokasi seterusnya Bubble Bee akan dibuka.

Memandangkan perniagaannya semakin maju dan kehidupannya tampak mewah, ada yang mempersoalkan kenapa Sarah dan Shuib sering menunjuk kekayaan mereka.

Jelas Sarah, beliau dan Shuib bukan sengaja menunjuk riak dengan apa yang mereka miliki, itu semua adalah gurauan mereka sebagai suami isteri.

“Itu sebenarnya gurauan. Tak ada terniat nak menunjuk-nunjuk tapi ada kebaikan di sebalik cerita itu. Siapa la saya tapi kami bagi tip rumah tangga kami. Jangan kedekut dengan isteri, sebab isteri adalah pembuka pintu rezeki untuk suami.

RAKAN artis turut datang pada majlis pelancaran Bubble Bee pada 12 Disember lalu.

“Sama juga jangan kedekut dengan ibu bapa kerana itu antara pintu-pintu rezeki. Tapi kalau ada yang rasakan itu sesuatu yang negatif saya tak dapat buat apa-apa.

“Bagi kami, itu hanyalah hiburan dan gurauan ketika kami di rumah. Saya tak rasa apa yang saya kongsikan itu boleh memudaratkan masyarakat,” jelasnya.

Bila ditanya kenapa perlu dimuat naik dalam media sosial, jika itu sekadar gurauan suami isteri. Bagi Sarah apa yang baik diharap dapat menjadi teladan kepada orang lain.

“Itu adalah antara perkara yang mungkin orang di luar sana itu boleh ambil sebagai tip rumah tangga. Macam saya cakap tadi jangan kedekut dengan isteri, the more you give the more you get.

“The more you give the more Allah akan bukakan pintu rezeki. Saya selalu bagi motivas kepada kawan-kawan supaya memberi lebih,” katanya yang tampil dengan single baharu, Dap…Dap…Dap itu.

–BebasNews.

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here