Kecemerlangan tidak disenangi?

0
1557
MUHAMMAD dDhaarma Raj.

MUHAMMAD DHAARMA RAJ ABDULLAH memberikan kata putus; tidak akan memohon jawatan ketua jurulatih hoki perempuan kebangsaan.

Nampaknya dia seolah-olah tahu permohonannya tidak akan mendapat sokongan. Mungkin Presiden Gabungan Hoki Malaysia (MHC) Datuk Seri Subahan Kamal enggan memberi pertimbangan kepadanya lagi.

Lagipun dalam laporan surat khabar ada menyebut bahawa puluhan permohonan diterima MHC dan ia turut dimohon oleh beberapa jurulatih ternama. Secara rambang ia menggambarkan peluang Dhaarma amatlah tipis.

Kenapa wujud masalah sebegini? Ada yang menyebut bahawa jurulatih ini sudah kurang diminati oleh Subahan. Benar?

Atas kertas Dhaarma hebat dari sudut pencapaian. Sejak dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan perempuan mulai 2016, dia berjaya membawa kecemerlangan. Tahun-tahun sebelum itu Malaysia hanya pasukan belasahan di peringkat antarabangsa.

Apabila diberi tugas ke Sukan SEA, Manila pada penghujung 2019 untuk mengepalai peranan sebagai jurulatih pasukan hoki dalam dewan juga menghasilkan emas untuk Malaysia.

Dalam sebuah organisasi seperti MHC yang sering disokong kerajaan terutama menerusi Majlis Sukan Negara (MSN), janganlah terbawa-bawa sangat perasaan marah atau sakit hati; jika ada.

Sebagai jurulatih yang disenangi pemain dan pegawai, Dhaarma ada ramai kawan. Antaranya Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur, Datuk Seri Megat D. Shahriman. Takkanlah kerana persahabatan itu dikatakan menjadi antara alasan dia tidak disenangi?

SUBAHAN Kamal.

Kalaulah ada yang tidak gemar sikap Dhaarma, bagilah nasihat dan adakan perbincangan dari hati ke hati. Berbincang sekali gus menyelesaikan masalah merupakan susulan paling baik.

Dari segi kecemerlangan prestasi, Dhaarma sememangnya tidak perlu dipertikai lagi. Jadi apa masalahnya? Kepemimpinan MHC tentu ada penyelesaiannya.

Selamat maju jaya kepada hoki.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here