Legenda bola sepak Brazil, Pele, malu keluar rumah kerana uzur

    0
    353

    Oleh FETTY RARA

    LEGENDA bola sepak Brazil, Pele, dilaporkan malu untuk keluar rumah kerana beliau tidak mampu berjalan tanpa dibantu, kata anaknya, Edinho Cholbi Nascimento.

    Pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali itu yang dianggap sebagai pemain bola sepak paling hebat di dunia dibawa ke hospital kerana mengalami jangkitan kencing tahun lepas.

    Pele, 79, juga mengalami masalah pada bahagian pinggang sejak beberapa tahun dan kini memerlukan bantuan tongkat untuk berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda, lapor bbc.com.

    FOTO: Wikimedia Commons.

    Semasa kegemilangannya, Pele mencatatkan rekod sebanyak 1,281 gol dan bermain dalam sebanyak 1,363 perlawanan sepanjang karier 21 tahun beliau.

    Di Brazil sahaja beliau berjaya memasukkan sejumlah 77 gol dalam 91 perlawanan.

    Kebimbangan timbul berhubung kesihatannya  sejak beberapa tahun kebelakangan hingga membawa kepada pembedahan prostat pada 2015.

    Menurut Edinho rasa malu ayahnya itu boleh difahami kerana sejak sekian lama bergiat sebagai idola bola sepak dunia beliau mempunyai susuk tubuh yang tampan dan bergaya, tetapi kini berjalan pun beliau tidak mampu.

    Edinho berkata disebabkan itu ayahnya enggan keluar umah mahu pun berada dalam khalayak ramai.

    Jun depan Pele akan menyambut ulang tahun ke-50 kemenangan beliau dalam Piala Dunia di Mexico bersama pasukan paling unggul dalam sejarah.

    -BebasNews

    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here