Pakatan baharu: Ini bukan soal demokrasi, ini soal maruah!

0
1049

SAYA bagitau kepada satu kumpulan whatsapp yang terlalu taksub kepada politik kepartian. Jangan kita bergaduh sesama sendiri kerana akhirnya, para pemimpin kamu dan musuh politik kamu itu akan berpakat.

Pada ketika itu, hidung kamu tak mancung, pipi tersorong-sorong.

Hari ini kamu berperang, esok pemimpin kamu itu akan berbaik-baik semula.

Yang malu besar ialah kamu sendiri. Belajarlah daripada sejarah politik di Malaysia ini. Yang mustahil menjadi wajib, yang wajib menjadi mustahil dan begitulah pusingannya.

Oleh itu tidak mustahil Pas dan UMNO boleh bergabung dengan Bersatu membentuk satu pakatan politik yang baharu.

Tidak mustahil DAP dan PKR akan bersatu, meninggalkan beberapa pakatan harapannya dan menjadi satu perkumpulan yang lain.

Politik ialah a game of numbers. Siapa sokong siapa; siapa berpakat dengan siapa, dialah menang.

Hanya masa yang akan menentukan segala-galanya. Perang politik sedang kencang sekarang. Jika dahulu kononnya akan berlaku pada Disember, tapi itu hanyalah sepoi-sepoi bahasa sahaja.

Tentera siber masing-masing sedang menyerang habis-habisan siapa sahaja yang paling mereka tidak suka. Seperti biasa pihak yang paling kena serang ialah orang yang paling berkuasa.

Jika dahulu Najib Razak selaku Perdana Menteri kena serang siang dan malam; kini Mahathir Mohamad pula yang kena.

Pelbagai kata-kata nista dilemparkan. Jika dulu soldadu Mahathir begitu agresif menyerang Najib, kini menjadi sebaliknya pula.

Malah dalam peperangan kali ini, soldadu dalam pakatan Mahathir sendiri menyerang Mahathir. Lumat orang tua itu kena balun.

Tapi jangan pandang rendah orang tua itu. Pukulan sulungnya boleh membawa maut. Ingatlah jika berputih mata kali ini, tiada lagi harapan yang datang.

Tapi kita juga jangan pandang enteng dengan musuh-musuh Mahathir. Beliau juga apa kurangnya?

Walaupun selama ini dia hanya pandai “main wayang” sahaja, namun kali ini dia akan going all out to win.

Masa baginya sudah suntuk. Sekutunya Lim Guan Eng pun sudah panas punggung.

Guan Eng dipetik sebagai berkata: Penubuhan Pakatan Nasional yang dikatakan akan menggantikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui ‘pintu belakang’, berbahaya kepada cara hidup masyarakat negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata gabungan Pas dan Barisan Nasional (BN) menerusi Pakatan Nasional dikatakan akan menerajui kerajaan Persekutuan baharu yang didominasi orang Islam dan menimbulkan permusuhan terbuka dengan orang bukan Islam. Ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokrasi.

Guan Eng seperti biasa suka bermain dengan soal agama dan perkauman. Baginya agama Islam itu satu fobia bagi beliau.

Team Guan Eng juga sedang memasang pelbagai strategi. Dia bukan bodoh.

Namun, orang Melayu nampaknya sudah mula beralih angin. Jika dalam PRU14 dulu mereka pulun menumbangkan kerajaan terdahulu. Kini anginnya sudah lain.

Rata-rata dulu jika ditanya mereka mahu menjatuhkan UMNO, BN dan Najib. Kini ketika ditanya rata-rata mahu pilihan raya diadakan segera.

Mereka sudah tidak sabar membuat keputusan sebaliknya.

Namun, satu formula bagi memberi semula kuasa kepada mereka sedang diatur dengan cukup halus.

Ia bukan rahsia lagi. Semua orang sudah tahu. Orang kampung pun tahu. Apatah lagi Anwar, Guan Eng dan lain-lain.

Dalam sesuatu peperangan tempoh waktu dan masa untuk menyerang adalah amat penting.

Apa pun, pemerhati politik melihat pergerakannya sudah hampir tamat.

Kita lihat siapa yang kena checkmate. Ini bukan soal demokrasi lagi, ini soal survival.

Ini soal maruah!

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here