Vida mahu Azwan minta maaf

0
714
VIDA beri tempoh 48 jam kepada Azwan Ali untuk minta maaf dan turunkan video menghina yang dimuat naik sebelum ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida semalam (10 Februari) memfailkan saman ke atas Azwan Ali kerana telah menghina dan mengeluarkan kenyataan jahat atas kematian kedua-dua anak lelakinya.

Menurut Vida, bermula 28 Januari lalu sehingga 9 Februari lalu, Azwan atau popular dengan panggilan Diva AA telah  menghina, caci maki dan bersikap biadap terhadap dirinya menerusi beberapa video yang telah dimuat naik oleh Azwan.

“Saya awalnya tak nak perpanjang kes ini dan anggap dalam industri hiburan, kita mesti menjadi seorang yang cekal dalam menghadapi dugaan.

“Tapi bab dia menghina arwah anak saya yang tak pernah pun berlaku sebelum ini, saya anggap ini satu kebiadaban yang luar biasa dan saya tak boleh terima.

“Bukan sekali tapi berkali-kali dia muat naik benda yang sama, akhirnya saya ambil keputusan untuk buat  kenyataan dan tindakan kepada orang yang kurang ajar begini. Tidakkah dia mempunyai sifat kemanusiaan dan merasa kehilangan orang yang tersayang,” katanya meluahkan perasaan.

Tambah Vida, kejadian caci maki oleh Azwan itu bermula dari karnival Ci B Vaganza Food Fest Tour 2020 di Angsana Johor Bahru.

Jelas Vida, kehadiran Azwan ke situ bukan atas dasar kerja yang ditawarkan tapi beliau hadir untuk membuat rakaman bagi saluran YouTube miliknya.

Malah, kehadiran Azwan ke karnival tersebut bukanlah atas jemputannya tapi atas undangan Roslan Shah selaku pengacara program tersebut.

Bagaimanapun kata Vida, selepas beberapa hari karnival selesai, Azwan menerusi videonya telah memaki hamun beliau dan mengaitkan kematian anaknya yang sudah lama meninggal dunia itu.

DARI kiri, Azza, Adnan, Vida, Cik B dan Roslan Shah, pada sidang media di Kuala Lumpur semalam.

“Saya sangat terkesan dengan perbuatan Azwan yang telah menjejaskan kredibiliti, imej, maruah dan emosi saya, termasuk menganggu jualan produk minyak wangi OUD Diva dan Hero.

“Bila beliau menyebut perkataan minyak wangi bodoh keluaran saya itu, secara tidak langsung menganggu jualan. Tak cukup itu, dia turut hina Cik B dan tragedi kematian anak-anak saya. Disebabkan kelancangan mulutnya itu, saya perlu ambil tindakan terhadapnya,” kata Vida.

Vida yang ditemani oleh peguam Adnan Seman pada sidang media tersebut menjelaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan dan menfailkan saman sivil di mahkamah.
Pertamanya, jelas Adnan, pihak mereka akan mendapatkan perintah injuksi bagi menghalang Azwan Ali daripada terus mengeluarkan video-video lain dan menghina Vida.
Jelasnya, kalau tak ada perintah mahkamah, mungkin Azwan akan berterusan mengeluarkan perkataan kesat dan menghina kepada anak guam.

“Kita akan menfailkan permohonan mendapat perintah supaya segala content video yang menghina ini dikeluarkan. Azwan Ali juga perlu buat permohonan maaf secara terbuka dan kita juga akan minta mahkamah untuk menentukan ganti rugi, kalau ada.

“Saman ini bukan soal ganti rugi tapi lebih kepada menuntut Azwan untuk memohon maaf dan menurunkan segala content yang telah dimuat naik dan perintah injuksi daripada mahkamah untuk menghalang diadaripada  terus mengeluarkan kenyataan atau video,” hurainya.

Dalam pada itu, Adnan turut menasihatkan Vida supaya membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM berkaitan dengan content yang bersifat jelek dan menghina.

“Sekarang ini banyak kes dibawa ke mahkamah, pertuduhan pendakwaan kepada individu-individu yang mengeluarkan perkataan menghina orang lain, menjatuhkan reputasi, maruah dan menganggu emosi orang.

“Ini adalah satu kesalahan jenayah yang boleh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media. Ataupun boleh dikenakan hukuman RM50,000 denda dan penjara,” katanya.

Namun jelas Adnan, Vida tidak berniat untuk membuat sebarang laporan kerana beliau berpendapat, ini adalah asam garam dalam dunia seni, biasa dikecam.

Katanya, untuk tindakan sivil pihak Vida akan keluarkan surat tuntutan esok (11 Februari) dan memberi tempoh 48 jam untuk Azwan Ali keluarkan content video.

“Selain keluarkan video caci tersebut, Azwan perlu paparkan satu video permohonan maaf dan mengakui kesalahan kenyataan itu adalah tidak benar. Dan berakur janji tidak akan mengeluakan apa-apa kenyataan lag.

“Selepas 48 jam kalau tiada tindakan dibuat oleh Azwan Ali, kita akan failkan saman di mahkamah untuk mendapatkan segala perintah seperti yang disebut tadi,” katanya lagi.

Cik B menyesal minat Azwan Ali

SELAIN Datuk Seri Vida menjadi bahan cercaan Azwan Ali, beliau turut memaki hamun Cik B, anak usahawan kosmetik itu.

Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, berkata, beliau tak percaya Azwan boleh mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mamanya.

Jelas Cik B, beliau benar-benar terkejut mendengar kata-kata Azwan kerana sebelum kejadian beliau pernah bertemu dengan lelaki itu.

“Rasa macam tak percaya macam mana Azwan boleh cakap begitu kepada mama. Cik B pernah jumpa, dia sangat baik dan humble. Tapi bila tengok dia cakap macam tu rasa macam tak percaya itu dirinya.

“Memang terkejut dan menyesal sebab Cik B minat kat dia. Video tu Cik B tengok sekali saja sebab Cik B tak boleh dengar dia maki-maki mama. Walaupun dia cakap kat mama tapi Cik B rasa sedih juga,” luahnya.

Cik B berharap Azwan Ali tidak lagi mengeluarkan kata-kata kesat dan masalah itu dapat diselesaikan dengan membuat permohonan maaf.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here