China lancar aplikasi pengesan risiko dijangkiti Covid-19

0
205

Oleh FETTY RARA

DALAM perkembangan teknologi terbaharu, China telah memperkenalkan sebuah aplikasi yang dikatakan mampu mengesan tahap risiko seseorang kepada jangkitan virus Covid-19.

Aplikasi pengesan ‘hubungan rapat’ itu akan memaklumkan pengguna penggunanya jika mereka pernah rapat dengan seseorang yang disahkan atau pun disyaki membawa virus tersebut, lapor bbc.com.

Mereka yang dikenal pasti berisiko dinasihatkan supaya tidak keluar dari rumah dan memaklumkan segera kepada pihak berwajib.

Aplikasi tersebut dilihat sebagai satu lagi anjakan pemantauan rapi kerajaan China komunis ke atas rakyatnya di mana-mana.

Untuk menggunakan aplikasi itu seseorang hanya perlu melakukan imbasan menggunakan kod Respons Pantas (QR) pada telefon pintar mereka melalui platform aplikasi pembayaran seperti Alipay atau WeChat.

Apabila aplikasi telah didaftar menggunakan nombor telefon, pengguna diminta memasukkan nama dan pengenalan mereka.

Setiap nombor yang berdaftar seterusnya boleh digunakan untuk menyemak status sebanyak tiga nombor pengenalan.

Menurut agensi berita Xinhua, aplikasi itu dibangunkan bersama oleh beberapa jabatan kerajaan China dan syarikat China Electronics Group Corporation dengan menggunakan data daripada pihak berkuasa kesihatan dan pengangkutan negara itu.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here