Kebakaran di Australia: 113 spesies haiwan perlu bantuan segera

0
175
FOTO: Wikimedia Commons/ Австралиец [CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)]

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

AUSTRALIA telah mengenal pasti 113 spesies haiwan yang memerlukan bantuan segera setelah jumlah dan habitat mereka dimusnahkan oleh kebakaran hutan baru-baru ini.

Menurut kerajaan Australia, hasil satu kajian mendapati setakat ini belum terdapat mana-mana spesies yang pupus.

Bagaimana pun, hampir kesemua spesies yang tersenarai telah kehilangan sekurangnya-kurangnya 30% daripada habitat masing-masing berikutan kebakaran di bahagian selatan dan timur negara itu baru-baru ini.

Antara yang paling utama memerlukan bantuan termasuk koala, wallaby dan juga burung, ikan dan spesies katak, lapor bbc.com yang memetik anggaran pakar haiwan.

Sebelum ini para pengkaji menganggarkan bahawa lebih 1 bilion spesies haiwan mungkin mati dalam kebakaran berkenaan yang turut membinasakan kawasan rumput dan hutan yang amat luas.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here