Ku Seman tolak tawaran jawatan Timbalan Ketua Pengarang Utusan

0
643

KUALA LUMPUR — Menjelang penerbitan semula akhbar Utusan Malaysia beberapa bulan lagi oleh syarikat baharu Media Mulia, bekas pengarang kanan akhbar berkenaan, Ku Seman Ku Hussain ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Pengarang di organisasi tersebut.

Bagaimanapun, Ku Seman yang pernah mengetuai penerbitan Mingguan Malaysia difahamkan telah menolak tawaran berkenaan.

Menurut sumber, penolakan berkenaan dibuat Ku Seman telah dimaklumkan kepada pengurusan tertinggi syarikat yang akan menerbitkan akhbar Melayu berpengaruh itu.

Difahamkan Ketua Pengarang Malaysia Reserve, Azlan Jaafar dilantik sebagai Ketua Pengarang Utusan Malaysia.

“Ya benar, Ku Seman telah menolak pelawaan itu dengan cara yang baik. Pihak pengurusan  sedang dipertimbangkan nama lain untuk mengisi jawatan nombor dua itu,” kata sumber berkenaan kepada Astro AWANI.

Usaha Astro AWANI menghubungi Ku Seman bagi mendapatkan reaksinya, bagaimanapun, gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan dan membalas pesanan di aplikasi WhatsApp.

Baca lagi: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ku-seman-tolak-tawaran-jawatan-tkp-utusan-230525
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here