Malaysia antara negara beli perisian ‘tipu’ dari CIA: Laporan

    0
    296

    MALAYSIA telah disenaraikan sebagai antara negara yang membeli peranti penyulitan data (encryption) yang “ditipu” daripada sebuah syarikat yang sudah ditutup yang dimiliki oleh agensi risikan Amerika Syarikat dan Jerman.

    Dalam laporan khasnya, The Washington Post menyenaraikan bagaimana Agensi Perisikan Pusat AS (CIA) dan BND Jerman Barat secara rahsia memiliki syarikat Switzerland, Crypto AG sejak 1970-an.

    Bukan sahaja kedua-dua agensi itu mendapat faedah dari segi kewangan daripada penjualan peranti penyulitan data kepada negara-negara pelanggan, mereka juga secara sulit menggunakan peralatan itu untuk mengumpulkan maklumat risikan daripada negara-negara yang sama.

    “Firma Swiss membuat jutaan dolar menjual peralatan kepada lebih 20 negara sehingga abad ke-21. Pelanggannya termasuk Iran, junta tentera di Amerika Latin, India dan Pakistan, serta juga Vatican.

    “Tetapi apa yang tidak diketahui oleh pelanggannya adalah Crypto dimiliki secara rahsia oleh CIA dalam perkongsian yang sangat sulit dengan perisikan Jerman Barat.

    “Agensi-agensi pengintip ini mengubahsuai peranti syarikat supaya mereka dengan mudah dapat memecahkan kod-kod yang digunakan negara-negara itu semasa menghantar mesej yang dirahsiakan,” petik laporan itu.

    “Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya mengeksploitasi negara-negara berkenaan selama bertahun-tahun, dengan mengambil wang dan mencuri rahsia mereka,” tambah laporan itu.

    Operasi perisikan itu yang didakwa dikenali sebagai “Thesaurus” sebelum diubah menjadi “Rubicon”.

    Selain Malaysia dan negara yang disenaraikan tadi, negara yang melanggani Crypto merentas lima benua dan termasuk Indonesia, Jepun, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Arab Saudi, Syria, Mesir, Ireland, Argentina, Brazil, Mexico dan Venezuela.

    Juga disenaraikan adalah sekutu AS iaitu, NATO, Sepanyol, Greece, Turki dan Itali.

    Artikel itu tidak menyatakan bila negara-negara berkenaan membeli peralatan Crypto tersebut atau spesifikasi jualan.

    Malaysiakini telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan Pejabat Perdana Menteri untuk mendapatkan ulasan mereka.

    https://www.malaysiakini.com/news/510511
    Please follow and like us:
    error

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here