Salji tebal landa Iraq buat kali kedua dalam abad ini

0
311

SEJUK… Kali terakhir penduduk Iraq terkejut lihat salji turun dicatatkan pada 2008 dan selepas 12 tahun, negara bergurun tandus ‘legenda kisah 1,001 malam’ itu sekali lagi dilanda salji tebal.

Media tempatan melaporkan, ramai warga ibu kota Baghdad ceria bermain bola salji di jalanan sambil rakam gambar suasana dingin seumpama hamparan permaidani putih di bandar raya itu.

Ini merupakan kali kedua dalam abad ke-21 apabila Iraq dibadai salji dan kebetulan, fenomena alam itu turut melanda jirannya, Arab Saudi sejak awal bulan ini suhu cecah sifar darjah Celsius.

Menurut Arab News, salji meliputi wilayah utara sempadan, Al-Jouf, Tabuk, Hail hingga wilayah Qassim, bahagian utara ibu kota Riyadh sendiri serta wilayah timur dan tanah suci Madinah.

Di Iraq, penduduk tidak kira muda dan tua memenuhi kawasan lapang sambil lihat pokok kurma diliputi salji selain Dataran Tahrir di pusat bandar yang diduduki khemah perusuh antikerajaan.

“Salji akan turun lagi sehingga 12 Februari sekali gus beri iklim amat sejuk dan gelombang dingin ini dikesan datang dari benua Eropah,” kata ketua media Pusat Meteorologi Iraq, Amer al-Jaberi.

Fenomena unik itu turut melanda kota suci penganut Syiah di Karbala, selatan Baghdad namun sajli lazim turun di bahagian utara terutama bandar Mosul, dekat sempadan Syria dan Turki.

Manakala bahagian tengah dan selatan Iraq pada kebiasaannya beriklim panas kering dengan Baghdad sendiri pernah catat suhu paling tinggi cecah 51 darjah Celsius beberapa tahun lalu.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here