Apa menanti dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu depan?

0
1328

WABAK Corvid-19 yang setakat ini mengorbankan lebih 1,300 nyawa gagal memadamkan kehangatan gosip politik di Malaysia.

Spekulasi mengenai perkembangan politik dalam negara dirancakkan lagi dengan pertemuan pemimpin PH dalam mesyuarat majlis presiden dijadual diadakan minggu depan.

Kali terakhir Majlis Presiden PH bertemu ialah pada Nov tahun lalu. Sejak itu, banyak perkembangan berlaku dalam politik negara.

Antaranya ialah cakap-cakap mengenai kemungkinan berlaku rombakan kabinet, isu peralihan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan dakwaan pembentukan gabungan baru politik.

Ia kemudian diikuti dengan laporan mendakwa ada sejumlah ahli parlimen sudah menurunkan tandatangan pada akuan bersumpah (SD) untuk memberikan sokongan kepada Mahathir agar pengerusi PH itu terus menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang.

Portal Sarawak Report mendakwa, ahli parlimen yang memberikan perakuan pada SD itu termasuklah dari Umno, PAS, Bersatu dan wakil rakyat PKR yang menyokong timbalan Anwar, Azmin Ali.

Anwar mendakwa beliau tidak tahu-menahu mengenai SD berkenaan, manakala Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, menafikan laporan tersebut.

Baca lagi: https://www.malaysiakini.com/news/510694
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here