Covid-19: Kapal pesiaran terkandas di laut akhirnya dibenarkan berlabuh di Cambodia

0
379
FOTO: Wikimedia Commons/ Master0Garfield [CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)]

Oleh FETTY RARA

SEBUAH kapal pesiaran yang terkandas di laut kerana tidak dibenarkan berlabuh di lima buah pelabuhan akhirnya dibenarkan berlabuh di Cambodia.

Sebelum ini kapal MS Westerdam telah cuba untuk berlabuh di lima pelabuhan di beberapa negara Asia dan Pasifik.

Peliknya sebuah lagi kapal persiaran yang didapati mempunyai 200 kes jangkitan Covid-19 dibenarkan berlabuh untuk dikuarantin di Jepun, tetapi MS Westerdam yang tiada jangkitan dalam kalangan lebih 2,000 kru dan penumpang tidak dibenarkan.

Pada Selasa lalu kapal tersebut telah cuba untuk berlabuh di Bangkok tetapi pihak berkuasa Thailand enggan memberikan kebenaran dan seterusnya sebuah kapal tentera laut Thai diarahkan mengiringi kapal tersebut ke Telok Siam.

Pagi tadi MS Westerdam akhirnya tiba ke tempat berlabuh di bandar raya Sihanoukville, Cambodia.

MS Westerdam yang beroperasi untuk Holland America Line di Amerika Syarikat berlepas dari Hong Kong pada 1 Februari bersama 1,455 penumpang dan 802 kru.

Sesi pesiaran dijadualkan selama dua minggu, tetapi kini telah melebihi jangka masa pelayaran dan menimbulkan kebimbangan kerana kapal tersebut semakin kekurangan minyak dan bekalan makanan.

Selain Thailand, MS Westerdam turut diusir oleh Taiwan, Guam, Filipina dan Jepun.

Setelah menjalani pemeriksaan rapi di Sihanoukville, semua penumpang dijangka dibenarkan pulang ke negara masing-masing.

Keputusan Cambodia membenarkan kapal tersebut berlabuh dipuji oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here