KKM sahkan kes positif Covid-19 ke-19 di Malaysia

0
2019

SEORANG lagi warga China disahkan positif Wabak Koronavirus 2019 (Covid-19) di Kuala Lumpur hari ini, meningkatkan jumlah kes yang dilaporkan di negara ini kepada 19 kes.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kes terbaharu itu, iaitu wanita berusia 39 tahun adalah kawan kepada kes ke-14, iaitu pelancong dari Wuhan, China yang berusia 37 tahun.

Dia juga anak kepada kes ke-16, iaitu pelancong wanita berusia 67 tahun yang juga dari Wuhan.

Menurut Kementerian Kesihatan, ketiga-tiga mereka, serta dua orang lagi, tiba di Malaysia pada 25 Januari lalu.

Wanita itu ditempatkan di bawah perintah pengawasan dan pemantauan sebaik saja kes ke-14 dan 16 disahkan positif Covid-19, masing-masing pada 5 dan 7 Februari lalu.

“Hasil aktiviti pemantauan yang dijalankan secara berterusan ke atasnya oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati dia mula mengalami gejala demam dan batuk pada 12 Februari.

“Dia dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dimasukkan ke wad bagi menerima rawatan dan siasatan selanjutnya. Ujian pengesanan dan pengesahan Covid-19 ke atasnya dilaporkan positif pada hari sama.

“Dia kini dimasukkan ke wad isolasi HKL dan dalam keadaan stabil,” kata Kementerian Kewangan.

Dalam kenyataan sama, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan Pasukan Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikososial (MHPSS) telah dikerahkan sejak 6 Februari lalu susulan misi membawa pulan rakyat Malaysia di Wuhan, China.

Katanya, pasukan itu memberi perkhidmatan sokongan psikososial kepada individu di bawah pemantauan, petugas kementerian dan agensi berkaitan.

“Buat masa ini, terdapat dua kes telah dirujuk untuk menerima rawatan lanjut kerana stres akut dan keresahan. Mereka diberikan ubatan dan dalam keadaan stabil,” kata kementerian itu lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/510707
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here