Pelajar Malaysia di Australia diusir dari rumah sewa kerana kebimbangan jangkitan Covid-19

0
416

Oleh FETTY RARA

SEORANG pelajar Cina warga Malaysia di Australia berkata tuan rumah sewanya bersikap rasis setelah beliau disekat daripada memasuki rumah tersebut kerana bimbang jangkitan Covid-19

Menurut Badan Penyiaran Australia (ABC) apabila pelajar tersebut kembali ke rumah sewanya selepas pulang dari Malaysia beliau mendapati kunci rumah di pinggir bandar raya Perth itu telah ditukar dan satu notis yang menyatakan bahawa beliau tidak lagi diterima untuk menyewa rumah tersebut.

Notis turut memberi amaran supaya pelajar tersebut tidak mencerobohi rumah itu kerana  beliau gagal berhubungan dengan tuan rumah dan memandangkan penularan wabak Covid-19 yang diisytiharkan sebagai darurat global, beliau tidak lagi diterima untuk menyewa rumah berkenaan.

Pelajar yang hanya dikenali sebagai Helen itu dilaporkan berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku.

Usahanya untuk menghubungi tuan rumah gagal dan beliau terpaksa menumpang di rumah kawannya.

Beliau juga membuat laporan polis tetapi hanya diberitahu bahawa mereka tidak dapat berbuat apa-apa walaupun barangan miliknya masih tersimpan di dalam rumah tersebut.

Helen berharap agar tindakan diambil ke atas tuan rumah itu kerana tindakan beliau bersifat rasis dan memberikan isyarat yang salah tentang Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here