PBB senarai 112 bisnes antarabangsa punya kaitan dengan kawasan Palestin diduduki Israel

0
460
FOTO: Wikimedia Commons/ Ralf Roletschek [GFDL 1.2 (http://www.gnu.org/licenses/old-licenses/fdl-1.2.html)]

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PEJABAT Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengeluarkan laporan yang amat dinantikan berhubung 112 syarikat yang mempunyai kaitan dengan wilayah Palestin yang diduduki oleh Yahudi di Tebing Barat.

Syarikat terbabit termasuk Airbnb, Booking.com, Expedia Group dan Motorola Solutions.

Bagi Palestin pendedahan senarai tersebut dianggap kemenangan bagi undang-undang antarabangsa, walaupun Israel berkata ia amat memalukan, lapor bbc.com.

Kira-kira 600,000 penduduk Yahudi menetap di 140 penempatan yang dibina sejak Israel mula menduduki Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis pada 1967.

Walaupun dinafikan oleh rejim Israel, kesemua penempatan itu dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa.

Sejak berdekad lamanya Palestin menuntut supaya semua penempatan itu dimusnahkan kerana dibina di wilayah yang dituntut sebagai sebahagian daripada negara Palestin yang merdeka.

Bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah membentangkan rancangan ‘keamanan’ yang membuka jalan bagi Israel mengambil alih sepenuhnya kesemua wilayah milik Palestin itu.

Dalam satu ucapan di Majlis Keselamatan PBB pada Selasa lalu, Presiden Palestin Mahmoud Abbas telah mengulangi penolakan rancangan Trump itu.

Bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pelan tersebut dianggap terbaik untuk Timur Tengah, Israel dan Palestin.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here