8 kes baharu COVID-19 dikesan di Singapura

0
371

SINGAPURA — Lapan lagi kes COVID-19 dengan kaitan kepada kes sebelumnya disahkan di republik ini, menjadikan jumlah keseluruhan 58 mangsa dijangkiti virus itu.

Daripada jumlah itu, lima dikaitkan dengan kes di gereja Grace Assembly of God, termasuk seorang profesor National University of Singapore (NUS) berusia 54 tahun.

Menteri Kesihatan berkata lelaki berkenan tidak berhubungan dengan rakan sekerja atau pelajar selepas terkena jangkitan.

Kluster wabak itu kini berkait kepada tujuh kes yang disahkan, termasuk Pastor Kanan gereja terbabit, Wilson Teo manakala dua kes terdahulu membabitkan kakitangan gereja itu.

Dua lagi kes ialah pemegang pas kerja warga Bangladesh berusia 30 dan 37 tahun, yang dikaitkan dengan tapak projek di Seletar Aerospace Heights, yang menjadi kluster dengan empat kes disahkan, kesemuanya warga Bangladesh.

Kes terbaharu COVID-19 membabitkan lelaki Singapura berusia 30 tahun, yang juga anggota keluarga kes terdahulu, kakitangan bank DBS berusia 62 tahun.

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2020/02/655497/8-kes-baharu-covid-19-dikesan-di-singapura
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here