Azwan vs Vida sebab orang ketiga?

0
462
Azwan Ali bersama peguamnya pada sidang media yang diadakan pada 11 Februari, baru-baru ini.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

PENGACARA Azwan Ali yakin kes persengketaan antaranya dengan Datuk Seri Vida (DSV) menjadi panas kerana usahawan kosmetik itu diprovokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah Azwan juga berkata, beliau bersedia membuat permohonan terbuka seperti yang dituntut oleh Vida setelah mengkaji banyak perkara bersama peguam yang dilantik.

“Permohonan maaf ini dibuat setelah mengkaji banyak perkara dengan lima orang peguam saya. Ini bukan soal kalah menang, sekali lagi saya ulangi, maaf terbuka kepada pihak terlibat sebagaimana dituntut harus dibuat dalam tempoh 48 jam.

“Bersaksikan peguam saya, Mohd Fuad Zainal, rakan-rakan media serta DSV bersama Cik B yang sedang menonton sidang media secara langsung, dengan ini Diva AA memohon maaf terbuka

“Ini bukan soal kalah menang, sekali lagi saya ulangi maaf terbuka kepada pihak terlibat sebagaimana dituntut harus dibuat dalam tempoh 48 jam dan pada 11 Februari, kira-kira pukul 6 petang, saya telah memenuhi tuntutan mereka,” katanya yang mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube peribadinya.

Azwan menunjukkan video gambar api yang terdapat dalam Twitternya.

Selain membuat permohonan maaf terbuka, Azwan juga berjanji untuk memadam semua status yang mencaci hina DSV, Cik B atau apa saja yang berkaitan di dalam Twitter akaun Diva AA Tersohor.

Beliau turut mengingatkan bahawa, tuntutan yang dibuat oleh DSV adalah untuk memadam semua status yang menghina beliau di dalam Twitter Azwan.

“Instagram saya, Diva Azwana Vass Tersohor, bersih. Yang saya banyak video kontroversi adalah di Twitter. Apa saja video yang keluar di Twitter, tidak menyebut nama sesiapa tetapi saya menghormati segala pertuduhan dan kecaman daripada DSV bahawa dia terkilan, tersinggung dan tersentap sampai dia tak boleh tidur dan sebagainya.

“Saya tak sebut siapa gerangan yang saya kecam. Terpulanglah kepada dunia untuk melihat kes ini, saya dah memohon maaf. Dia suruh padam semua status tu, depan wartawan saya akan padam,” kata Azwan sambil menunjuk video yang bakal dipadamkan itu.

Beliau juga tidak keberatan memenuhi tuntutan ketiga DSV iaitu semua kenyataan itu harus didedahkan sebagai berbaur fitnah dan boleh menjejaskan perniagaan dan perlu ditarik balik. Untuk tuntutan itu, beliau turut membuat pengakuan tarik balik.

“Permohonan maaf ini menyeluruh dan kita tidak akan ulangi apa juga isu-isu yang berkaitan dengan kes ini. Notis ini dilayan seikut ada prosedurnya. Empat tuntutan itu harus dibuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam.

Azwan cabar Vida untuk bertemu.

“Permohonan kedua, delete semua status. Permohonan ketiga, tarik balik semua kenyataan kerana disifatkan berbaur fitnah. Saya akui kita tak nak sebut satu persatu sebab kita dah mengaku kalau dipandang sebagai membawa fitnah, kita tarik balik. Itulah kemanusiaan, bersalah tak semesti bermaksud kalah.

“Kita mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan, di mana kalau betul kita dah membuat satu dosa yang terjumlah kepada tuntutan saman itu bukan masalah kepada Diva AA.

“Saya harap DSV bersikap terbuka untuk menerima permohonan maaf ini tanpa dijolok oleh mana-mana pihak. Terima kasih DSV, ini hikmah terbesar untuk saya,” katanya.

Dengan pengakuan maaf terbuka dan memenuhi segala tuntutan DSV, Azwan menganggap kes tersebut telah selesai dan jangan ada pihak yang cuba membuat provokasi lagi.

“Okey saya dah minta maaf. Saya anggap kes ini telah selesai, terima kasih banyak kepada semua yang memberi keprihatinan dan menjadikan kes ini viral.

“Hanya peguam dengan peguam saja buat kerja lepas ni, apa lagi nak. Kita kena sedar tuntutan dia itu membawa satu tuntutan yang membuka mata semua bahawa hidup ini tak lama. Kita dosa dengan orang kita minta maaf,” ujarnya lagi.

Malah Azwan juga bersedia untuk bersemuka dengan DSV tanpa memerlukan perkhidmatan peguam bagi menjernihkan keadaan.

“Jangan pakailah peguam-peguam ni. Jumpa buat live begini saya dengan DSV. Saya cabar, bukan nak mengeruhkan keadaan, terpulang kepada DSV untuk berjumpa saya secara live selepas ini di mana-mana.

“Benda ini untuk industri, kita berbaik-baik tak jadi salah. Kepada seluruh yang menonton ini, anggaplah saya dan DSV selesai,” katanya.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here