[VIDEO] Industri surat khabar telah terkubur, kata bilionair empayar surat khabar, Charlie Munger

0
465
FOTO: US Chamber Foundation.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

RAKAN niaga Warren Buffet di Berkshire Hathaway Inc, Charlie Munger pada Rabu berkata akhbar harian “semua akan mati” kerana kemajuan teknologi semakin memerah dan mengeringkan sumber hasil.

Bilionair berusia 96 tahun itu berkata demikian pada Rabu semasa mesyuarat tahunan Daily Journal Corp, iaitu syarikat penerbitan surat khabar berpangkalan di Los Angeles yang dipengerusikannya.

Mesyuarat itu menyusul hanya selepas dua minggu setelah beliau memutuskan untuk menarik diri daripada empayar penerbitan surat khabar miliknya, lapor Reuters baru-baru ini

Beliau dilaporkan menjual seluruh perniagaan tersebut yang sejak sekian lama menerbitkan 80 akhbar harian, termasuk surat khabar Omaha World-Herald di Nebraska yang berpangkalan di tempat kelahirannya kepada Lee Enterprises Inc dengan harga USD140 juta (RM579 juta).

Menurut beliau apa yang berlaku ialah kerana perubahan teknologi telah memusnahkan akhbar harian di Amerika.

Bagaimana pun, Munger berkata beberapa akhbar tidak akan terkesan, termasuk akhbar The New York Times dan Wall Street Journal.

Warren Buffet adalah pelabur, dermawan, bilionair dan ikon korporat paling berjaya di dunia.

Justeru, pendapat tokoh paling berpengaruh itu muncul sebagai isyarat sahih tentang industri persuratkhabaran dunia yang mengalami kemelesetan sejak bertembung dengan era digital.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here