FOTO: Aziz A. Shariff

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

MAJLIS perkahwinan, termasuk majlis tahlil dan kenduri arwah tidak dibenarkan sepanjang dua minggu arahan sekatan pergerakan daripada 18 Mac hingga 31 Mac, kata Kementerian Kesihatan.

Dalam kenyatan yang dimuat naik ke saluran Telegram ‘Sihat Milikku’ kementerian berkenaan berkata ramai yang bertanyakan sama ada perhimpunan seumpama itu boleh diadakan daripada Rabu hingga 31 Mac.

“Jawapannya, TIDAK dibenarkan.

“Ini kerana kesemuanya ditakrifkan sebagai perhimpunan sosial,” jelas kementerian itu.

Peruntukan di bawah Seksyen 11(4) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang dibaca dengan Seksyen 24(2) akta yang sama menjadikan tindakan ingkar sebagai perlakuan jenayah daripada 18 Mac hingga 31 Mac

Menurut kementerian tersebut sesiapa yang melanggar arahan itu boleh dihukum penjara hingga tidak lebih daripada dua tahun, didenda atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

-BebasNews

Leave a Reply